Friday, 27 April 2012

Kopi percuma dan model ekonomi


Siang tadi aku sempat duduk bersembang dengan seorang penganalisa ekonomi dan pelaburan yang berpangkalan di London. Seorang wartawan dari Bernama turut serta. Si wartawan buat kerja macam biasa, sibuk bertanya bermacam soal nak dijadikan bahan berita. Aku sebagai pengatur hanya angguk dan sekali sekala mencelah sepatah dua, biarlah mereka bercerita, kerja aku sekadar mengatur pertemuan dan mengusulkan haluan perbualan.
Menarik juga bila lelaki Lithuania yang kerjanya sebagai penganalisa pelaburan mengatakan Malaysia mempunyai potensi pelaburan yang besar, cuma cara mengukur potensi yang dicadangkan beliau agak berbeza.
Kata beliau, Malaysia sendirian tidak mampu memenuhi segala kehendak pelabur buat masa sekarang. Langkah terbaik bagi Malaysia ialah melaui integrasi bisnes dan ekonomi dengan jiran tetangga ASEAN.
”Instead of competing head to head, ASEAN countries should leverage on each other’s strength and work together as a competitive business bloc”
Beliau kata, asas perdagangan dan model bisnes EU merupakan contoh yang bagus. Ikut model tersebut, tetapi pastikan matawang negara anggota kekal diselenggara secara bebas tanpa terikat dengan matawang tunggal seperti Euro.
Contoh mudah katanya, Thailand punya kapasiti untuk menghasilkan sumber makanan dan Malaysia punya kepakaran dalam penentuan standard Halal, ini merupakan peluang kerjasama yang mudah dan menguntungkan. Contoh kedua, Indonesia rancak dengan pelbagai projek infrastruktur dan Malaysia punya reputasi sebagai penyedia perkhidmatan kewangan Islam di mata dunia, ini juga merupakan peluang perkongsian yang menguntungkan.
Selepas bersembang lebih kurang 45 minit, si wartawan beredar. Aku minta bil untuk kopi ais.
”I’ll take care of the bill”, kata lelaki Lithuania.
Sebelum beredar, aku sempat bertanya soal sektor pelaburan yang dijangka menarik perhatian pelabur asing ke Malaysia tahun ini. “Education services”, jawabnya ringkas.
Minum kopi percuma sambil sembang di lobi hotel. 
Posted on 12th April at Bual Kosong

No comments:

Post a Comment