Pelikkan bagaimana warna kuning boleh menjadi simbol Bersih.
I suka warna kuning. Bagi I, warna kuning memang cantik. Hanya kerana Bersih, rakyat Malaysia tidak boleh memakai apa-apa berwarna kuning kerana takut ditangkap semasa roadblock.
Beberapat Tip supaya anda tidak kena tangkap semasa roadblock.
1.
Para perokok dan peminum kopi tegar. Gigi anda semestinya kuning, dan sememangnya tiada cara untuk memutihkan gigi anda, kecuali jika anda menjalani rawatan untuk gigi putih. Pada hari himpunan Bersih, bila nampak polis, jangan senyum! Jika anda senyum dan dia ternampak gigi kuning anda itu, pasti anda ditangkap.
Jadi jika anda tertarik dengan polis wanita yang hot, memang melepaslah peluang anda nak ngorat. Mana ada orang mengorat awak tanpa senyuman di wajahnya, kan?
2.
Jika ada menggunakan Digi, sila tukar kepada Maxis atau Celcom. Digi memang begitu sinonim dengan warna kuning. Kepada mereka yang berkerja sebagai maskot Digi tu, dinasihatkan ambil cuti sahaja pada hari tersebut.
3.
Jangan sesekali pasang lagu Coldplay. Coldplay sangat sinonim dengan warna Yellow, kerana lagu itu telah menaikkan nama mereka. Mungkin pada hari himpunan itu, anda bolehlah mendengar Boy Band Blue (All rise!). Lagipun, Blue kan warna PKR dan BN? SO anda kelihatan neutral di sini.
Itulah antara tips-tips yang boleh menyelamatkan hidup anda pada hari himpunan Bersih.
Kita rakyat Malaysia, seharusnya lebih bertamadun daripada ini. Semua orang nak pilihan raya yang adil. Tetapi perlukah kita menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di Kota Raya kesayangan kita?
Suka hati andalah nak pakai warna kuning atau tidak. Tapi I yakin semua orang bersyukur polis tidak dapat melihat otak kita.
Kalau tak, I pasti, semua kaum lelaki akan ditangkap.
MOna.
No comments:
Post a Comment