Saturday, 28 April 2012

Hidup! Hidup!

Januari 2015, Stesen LRT Masjid Jamek

Situasi 1:

Naj: Kami hanya mahu menyuarakan hak kami dalam menuntut sistem pemilihan yang lebih adil! Kami menyeru semua lapisan masyarakat berarak bersama kami dalam mencapai matlamat suci ini. Ini hak kita! Jika pihak berkuasa cuba halang maka mereka bertindak zalim dan menghalang proses demokrasi! Hidup rakyat!

Ambija: Saya sebagai pengerusi sebuah badan bebas yang mewakili 28 juta rakyat Malaysia mahu menyuarakan dengan jelas bahawa matlamat kami berarak ialah untuk menuntut keadilan dan demokrasi tulen. Kami tidak bersekongkol dengan mana-mana parti politik, kami ialah wakil suara rakyat marhaen! Hidup rakyat!

Situasi 2:

Nuar: Kami menyokong penuh tindakan badan bebas yang diketuai oleh Ambija dan disokong oleh Naj untuk berarak di ibu kota demi menyuarakan pendapat mereka. Saya sebagai Presiden Malaysia akan turut serta dalam perarakan tersebut.

Manalah tahu kan?

No comments:

Post a Comment