Selamat datang ke kelas pengenalan jenis-jenis pengicau di Twitter, atau lebih dikenali sebagai Tweeter101.
Hari ini, saya akan cuba menerangkan tentang mereka yang boleh dijumpai di susur masa (Timeline) twitter anda. Memang ramai pengicau di Twitter sekarang. Ada yang betul-betul pengicau, ada yang hanyalah pengacau.
Anda yang mana? Hopefully the former. Mari kita teruskan dengan kelas kita.
Jenis 1: #TweetMacamRetis
So, apakah itu retis? Menurut kamus dewan, retis itu bermaksud mereka yang feeling-feeling seperti artis. Mereka selalunya tweet tentang perkara yang tidak perlu diberitahu orang. Cth:
"Today i'm wearing sponge bob boxers. I look so cute. Ahaks! #Twitterjaya"
"Having lunch at Delicious Bangsar Village with @ayo @ainilicious @Fantastikaika @ZuraIlovemyboyfriend @FizaGorgeous @HanieMaduTiga @LovelyRedLace @ikazulfakar @MasturaCinta @BellaPuteriPrices @RamlahRamCLPT @LinaHangatCLPT @MasIdayuCLPT @CLEPET! @Ayulurve @Lovesucks @InaBenciCinta @CintaSematiSehidup @AbangGeram @AdikTakGeramSangatLah @ManjewGittew #BFF #Fabulousity #Twitterjaya "
Kadang-kala, mereka juga bergurau sesama sendiri. Cth:
@Retis1: "Eh, bila kita nak buat #TwtUp lagi? Mesti havoc gilewzzzz. #Twitterjaya"
@Retis2: "A ah! I agree! I rindu you lah @Retis1. I rindu @Retis3, @Retis4 dan @Retis5 #TwitterJayaSupermarketDahRobohDowh!.
Jenis 2: #TweetEmoMemanjang (jiwa kacau, hati lara sepanjang tahun).
Mereka ni sungguh emo. Asyik nak sedih je. Semua benda pun nak sedih. Tengok AF, sedih. Tengok Mentor, sedih. Mungkin in real life, mereka bercekak dan memakai sayap pari-pari, mungkin.
Gambar sekadar hiasan sahaja. Picture Credit: http://forum.lowyat.net/topic/2042490/all |
"You thought you have moved on but when you look back, your mom says jangan pandang belakang. Ada Pierre Andre. #FML"
"I am a boy, you are a girl. Boy and girl. Girl and Boy. #FML" <--pointless sial!
"If only... sigh #FML"
"You had me at hello. But I wish you said Assalammualaikum instead."
"Bodohnya kau. Kau ingat kau terer? Aku lagi terer. Kau ngan perempuan sundal tu boleh pergi mati. Walaupun kau tak follow aku, tapi aku tak sure kenapa aku kena tweet kat sini bagi semua orang baca. Lebih baik aku call dan maki kau dari menyemak kat timeline orang kan? Arghhh #IStillLoveYou #FML #FTW"
Mereka ini selalunya menggunakan hashtag #FML. FML, btw, bermaksud For My Love atau Follow My Lead, bergantung pada situasi. Cth:
"Kau pergi matilah, jantan tak sedar diri! #FML" (dalam konteks ini, FML bermaksud For My Love)
"Rasa macam nak bunuh diri! Stress sial! #FML" (dalam konteks ini, FML bermaksud Follow My Lead)
Jenis 3: #CitCatAzwanAli. Amboi amboi amboi (sambil mengangkat jari pinky).
Ini adalah golongan yang suka cit cat di susur masa orang lain. Mungkin mereka tidak sedar akan kewujudan aplikasi BBM atau WhatsApp. Cth:
@Encik: "Korang dah makan?"
@Gadis: "Dah makan tadi. You dah? @Encik"
@Encik: "Belum. Laparnyaaaaaaa. Tunggu you masakkan untuk I, huhu. @Gadis"
@Gadis: "Alaaaa, siannya. Meh la sini. I masakkan untuk you okay? @Encik"
@Encik: "Ok I datang now ok? Tapi jangan call Jais tau. Nanti kena tangkap. hahaha. Kelakar kan i? @Gadis"
Jenis 4: #RetweetSepanjangMasa
Semua bendalah dia nak retweet.
"RT @Horoscopes: Capricorn is not a type of corn. but Korn rules."
"RT @Lovequotes: To love somebody is only human. To love an animal is animal lover. #WWF #SPCA"
"RT @Notebook: It is normal for girls to feel sad. When they're sad, buy them a new Notebook from Acer or HP. Visit your nearest authorised dealer now!"
"RT @KimKardashian: Do you like hot guys? Follow @monazmiahmad now now now! Can you guys keep up with me? If you can, how many guys have I married?"
Jenis 5: #PergiManaManaPunNakBeritahuSatuDunia
"I'm at Tol Batu Tiga, Shah Alam with 4 others http://4sq.com/JuPEQu"
"I'm at My Front Gate, Kerinchi Tapi Kononnya Bangsar South http://4sq.com/JuPEQu"
"I'm at My Bed, Kerinchi http://4sq.com/JuPEQu"
"I'm at Dreamworld, Wallahualam http://4sq.com/JuPEQu"
Jadi sekarang, anda lebih bijaksana tentang dunia Twitter. Knowledge is power. With great power, comes great responsibility. Tweet responsibly. Don't tweet and drive. By the way, my tweet handle is @monazmiahmad. Please follow me, I nak jadi retis. I nakkkkk sangat. Tak der orang sudi follow I. I jeles tau dengan semua orang lain yang ada banyak followers. Macam mana I nak jadi retis? :( #FML (Ha, kan sekarang korang dah tahu FML tu apa? Ok, cuba teka, dalam konteks ni, apakah maksud FML?)
Mo, out.
No comments:
Post a Comment