Sunday 23 November 2014

Naskah pendek dari dunia selari

Stiap kali aku melihat perkataan "parallel universe", atau dunia selari aku akan senyum. Ya betul, senyum kerana aku punya harapan ideal sendiri tetang dunia selari.

Setakat hari ini, masih belum ada bukti kukuh akan wujudnya dunia selari, melainkan teori-teori oleh bijak pandai dari bidang yang berkenaan. Kalau kau sedang bayangkan Stephen Hawking sedang memberi ceramah berkisar isu ini, aku juga.

Balik kepada tajuk asal, dunia selari idealistik yang aku bayangkan dalam khayalan aku memang cukup hebat, cukup eksotik, cukup mewah, dan semestinya cukup melalaikan.

Sebelum aku direjam dengan persoalan nilai moral, aku inginkan tekankan bahawa dalam dunia selari yang aku bayangkan, nilai moral dan keagamaan tidak wujud, maka segala khayalan aku memang tanpa pertimbangan moral dan agama. Kalau kau mahu bayangkan dunia selari yang dilengkapai dengan nilai moral yang tinggi, silakan.

Dalam dunia selari aku, manusia punya kebebasan memilih sepenuhnya, SEPENUHNYA.
Buat saja apa yang kau inginkan, tiada sesiapa akan melarang. Kau cenderung kepada seks sesama jenis? silakan. Kau mahu berhubungan dengan haiwan? silakan. Kau mahu berbogel sambil menjerit di tengan jalan? silakan. Kau mahu bina mesin besar yang mampu mengebom negara jiran? silakan.

Kebebasan mutlak. Semua orang boleh bikin sesuka hati.

Kau nak tau apa aku bikin dalam dulia selari khayalan aku? Aku ialah Power Ranger warna merah.

JA

No comments:

Post a Comment