Monday 7 May 2012

Off Track




    Tulisan ini datang dari hati. Bukan niat untuk mempersoal. Cuma kadang kadang terdetik hati untuk berfikir. Mungkin bisik bisik dari syaitan mengajak aku menjadi peneman berjalan, Wallahualam. Tapi, tak salah untuk bertanya. Kerana kerap bertanya buat kita lebih dewasa. Kalau kamu nak menjatuhkan hukum ke atas aku, be my guest. Aku tak peduli, kerana kamu bukan Tuhan dan aku bukan penyembah kamu.

    Aku letih melayan kongsian kongsian ilmu agama di dinding muka buku (seperti yang disebut oleh golongan golongan kamu). Sebab aku sudah keliru. Masing masing pendakwah punya pendirian sendiri. Bukan kah Tuhan itu hanya Satu. Dan Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa perlu bercanggah?

    Aku letih untuk berfikir. Dan berdebat dengan kamu. Kalaupun aku tiada ilmu agama, solat entah kemana, tak bermakna aku tiada hak untuk bertanya. Tak bermakna aku tiada hak untuk duduk bersama. Tapi kamu ada hak untuk menjatuhkan hukum ke atas aku? Jika kamu persoal, bagaimana agama dapat maju jika ada orang macam aku. Tolong, tolong buka minda kamu. Mungkin kamu penyebab orang kita jadi batu.


    Ilmu bukan datang hanya dari pujangga berjanggut, berserban dikepala. Kamu juga perlu berusaha. Buka buku. Dalami. Bertanya. Bukan terima buta buta.
   
    Tulisan ini mungkin seperti tiada faedahnya. Tapi sudah lama terdetik di hati. Sejak ada yang menjatuhkan hukum ke atas aku yang mengucap selamat pada sahabat dari agama berbeza. Bagi aku, Islam itu mudah. Buka  buku teks sekolah menengah dan cari muka surat mengenai makna Islam. Islam sendiri datang dari perkataan Salam. Aman. Peace. Jadi kenapa perlu membenci? Tuhan itu Maha Pengasih. Jadi apa hak kamu untuk membenci?

No comments:

Post a Comment